Rabu, 12 Disember 2012

PERIBAHASA MELAYU DAN SIMPULAN BAHASA

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
              b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar hati
Maksud : Gembira.

Anak buah
Maksud :  a. Anak saudara.
              b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan atau orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

https://penyair.wordpress.com/2010/01/17/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksud/

Ahad, 9 Disember 2012

NASYID - SEKOLAHKU

SURAT KIRIMAN RASMI - TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut. 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi,
Kampung Dada Kering,
Kechau,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

___________________________________________________________________________ 

Encik Daud bin Ngah Derani,
Guru Kelas Tahun 6 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,
27200, Kuala Lipis,
Pahang.                                                                                                                      14 Mei 2012

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.

2.        Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

3.       Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4.        Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.
5.        Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SIMPULAN BAHASA



http://www.youtube.com/watch?v=KvMCTZnYyk8

BAHAGIAN C (B. MELAYU KERTAS 2)


Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada hari Sabtu yang lalu, Amir dan Salman pergi ke perpustakaan awam untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Mereka pergi dengan menaiki basikal masing-masing. Semasa dalam perjalanan, mereka menunggang basikal mengikut lorong yang betul. Amir teringat pesan ibunya supaya tidak lalai semasa menunggang basikal.
          Apabila sampai di perpustakaan awam, Amir dan kawannya meletakkan basikal di garaj yang disediakan. Mereka juga mengunci basikal supaya selamat. Sebelum masuk ke dalam perpustakaan, Amir dan Salman berjanji akan menggunakan masa yang ada untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran. Semasa di perpustakaan mereka mencari buku yang diperlukan. Selepas membaca buku-buku itu, mereka meletakkan semula di tempat asalnya. Mereka juga memilih beberapa buah buku yang hendak dipinjam. Mereka membawa buku-buku itu ke kaunter pinjaman untuk diproses oleh petugas yang ada di situ. Setelah selesai, mereka menuju ke garaj untuk mengambil basikal dan terus pulang ke rumah.

Jumaat, 7 Disember 2012

PERMAINAN BAHASA

Text/HTML


  LATIHAN MENGESAN PERKATAAN YANG SEMAKSUD.
  SILA KLIK LATIHAN PILIHAN

  
 
http://www.saujana.sg/Wiyata/PermainanBahasaSekolahRendah/SILANGSINONIM/tabid/4084/Default.aspx

PERISTIWA SEDIH DALAM HIDUPKU - KARANGAN MURID (DAMIA HARIZ TAHUN 6/2009)


Semasa  ayahnya  meninggalkan  rumah  pada  hari  itu, Selisa  tidak  menyangka  bahawa  itu  merupakan  kali  terakhir  dia  bertemu  dengan  ayahnya. Malah, ayahnya  kelihatan  sungguh  gembira  pada  hari  tersebut. Mereka  juga  sempat  bergurau  senda.  Selisa  masih  ingat  kata-kata  terakhir  ayahnya  sebelum  melangkah  keluar  daripada  rumah  mereka.

”Apabila  ayah  pulang  nanti,  kita  pergi  makan  bersama-sama  di  restoran  hadapan  rumah  kawan  kamu  tu  ye, Selisa?”  Itulah  kata-kata  terakhir  ayahnya  sebelum  keluar  dari  rumah. Ayahnya  perlu  menghadiri  satu  mesyuarat  yang  akan  diadakan  di  sebuah  hospital  di  ibu  kota  pada  pukul  9  pagi  pada  hari itu.  Mesyuarat  itu  dimaklumkan  pada  saat-saat  akhir. Malah, Selisa  dan  ayahnya  sepatutnya  berjoging  pada  pagi  itu, seperti  minggu-minggu  sebelumnya.

            Walaubagaimanapun, Selisa  tetap  menghabiskan  waktu  pagi  itu  bersama  neneknya. Selisa  sarapan  pagi  bersama  neneknya  di  dapur. Sesudah  makan,  neneknya  melipat  kain  di  ruang  tamu  bersama  Selisa. Selisa  ke  dapur  sebentar  untuk  mengambil  segelas  air  untuk  neneknya.
Tiba-tiba,  Selisa  mendengar  jeritan  kecil  di  ruang  tamu. Selisa  terus  berlari  ke  arah  ruang  tamu. Selisa  melihat  dahi  neneknya  berkerut  menahan  kesakitan.  Sebelah  tangan  neneknya  sedang  memegang  ibu  jarinya  itu  yang  sedang  berdarah.

”Kenapa  ni? Ibu  jari  nenek  tercucuk  benda  apa  pula?” Belum  pun  sempat  neneknya  menjawab, Selisa  terus  menoleh  ke  arah  sehelai  kemeja  yang  berada  di  riba  nenek. Ada  sebilah  jarum  pada  kemeja  itu. Tahulah  dia  kenapa  ibu  jari  neneknya  berdarah.  Ibu  jari  neneknya  telah  tercucuk  jarum  yang  terdapat  pada  kemeja  itu. Selisa  terus  mengeluarkan  jarum  daripada  kemeja  tersebut.

”Ini  mesti  angkara  ayah,”   marah  Selisa  terhadap  ayahnya.  ”Janganlah  kamu  marahkan  ayah  kamu  pula. Sebenarnya  nenek  sendiri  yang  bersalah. Nenek  yang  belikan  baju  buat  ayah  kamu,”  jelas  nenek.  Selisa  sungguh  terkejut  selepas  mengetahui  keadaan  yang  sebenar. Selisa  berasa  bersalah  pula  kerana  marah  akan  ayahnya  tanpa  usul  periksa.

Tiba – tiba, kedengaran  deruan  enjin  kereta. Mungkin  ayah  dah  balik. Kata  hati  Selisa. Dia  terus  meluru  ke  muka  pintu  untuk  mencari  kelibat  ayahnya. ”Selamat  petang,”  kedengaran  ucapan  daripada seorang  lelaki  di  halaman  rumah.  Dahi  Selisa  mula  berkerut kerana  suara  yang  didengar  itu  bukanlah  milik  ayahnya.  Apabila  Selisa  berjalan  melangkah  ke  pintu  utama,  dia  mendapati  dua  orang  anggota  polis  sedang  berdiri  di  hadapan  pintu    rumahnya.

”Selamat  petang,”   jawab  Selisa  seraya  melangkah  ke hadapan.  ”Ada  apa  encik? Encik  cari  siapa?”  Nada  suaranya  amat  cemas  sekali. Selisa  memandang  tepat  ke  arah  salah  seorang  anggota  polis  tersebut.

”Adakah  ini  rumah  Encik  Ahmad?”  kata  anggota  polis  itu  kepada  Selisa. Selisa  menganggukkan  kepala  kerana  nama  tersebut  ialah  nama  ayahnya. ”Encik  Ahmad  kemalangan  semasa  mahu  pulang  ke  rumahnya, jenazahnya ada di hosptal,”  kata  polis  itu  kepada  Selisa  dan  neneknya. Selisa  tidak  dapat  terima  pemergian  ayahnya  dalam  kemalangan  jalanraya.

Selisa  masih  belum  dapat  menerima  hakikatnya  bahawa  ayahnya  sudah  pergi  meninggalkan  sejuta  kenangan.  Kesedihan  itu  seolah-olah  barah  yang  tiada  penawarnya. Selisa  menggeleng-geleng  kepalanya  sebaik  sahaja  mendengar  penjelasan  itu. Dia  tidak  percaya  akan  berita  itu. Selepas  itu, kedengaran  pula  raungan  neneknya  yang  begitu  memilukan.

Kelihatan  muka  neneknya  pucat.  Selisa  memeriksa  nadinya.  Ternyata  tubuhnya  sudah  kaku. Kini  Selisa  seolah-olah  berada  di  persimpangan  dilema  untuk  mencorakkan  masa  depannya. Selisa  sudah  hilang  satu-satunya  tempat  bergantung.  Barangkali,  itulah  detik  yang  paling  menyeksakan  hidupnya.

Semua  saudara  Selisa  berkumpul  di  rumah  neneknya.  Mereka  berbincang  untuk menjaga  Selisa  kerana  nenek  dan  ayahnya  sudah  tiada  lagi. Tiba – tiba  kedengaran  suara  dari  luar.  ”Asalamualaikum,”  kata  seseorang  yang  berada  di  halaman  rumah. Rupa-rupanya,  itu  suara  ibu  yang  telah  berpisah  dengan  ayahnya  beberapa  tahun  yang  lalu. Kini, Selisa  gembira  hidup  bersama  ibunya. 

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


Tarikh                          :           30 Oktober 2012
Hari                             :           Selasa
Masa                           :           8.40 – 9.10 pagi
Bilangan murid            :           21 orang
Mata pelajaran            :           Bahasa Melayu Tahun 6
Tema                           :           Sekolahku
Tajuk                           :           Gotong-royong Kebersihan Sekolah.
Objektif                       :           Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i.              Menyatakan sekurang-kurangnya lima aktiviti yang terdapat dalam gambar.
ii.             Membina lima ayat yang lengkap berpandukan gambar.
Pengetahuan sedia ada          :           Murid lazim dengan rutin harian membersihkan kelas                                         
    mengikut jadual tugasan.

Bahan bantu mengajar           :           Komputer, LCD, kertas sampah, lembaran kerja.
Nilai                                         :           Kebersihan, kerjasama, kekemasan.
Kemahiran                              :
Mendengar dan Bertutur
1.2 Aras 2 (ii)   Memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan.
Membaca
5.1 Aras 1 (ii)  Memahami perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca.
Menulis
8.1 Aras 1 (i)   Menulis pelbagai jenis ayat.   

Langkah / Masa

Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
 Pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)

1. Tajuk pelajaran Kebersihan Sekolah.

2. Penerapan nilai :

Kebersihan, kemas

3.Suasana yang selesa penting ketika belajar (pemahaman konsep).

Guru mengutip sampah di dalam kelas lalu dibuang ke dalam bakul
sampah.

Guru meminta murid mengutip sampah di atas lantai dan dibuang ke dalam bakul sampah.

Guru mengaitkan tindakan murid dan kebersihan kelas dengan isi pelajaran.








Murid membuang sampah ke dalam bakul sampah.

Kertas sampah.

Langkah 1
(5 minit)

Gambar aktiviti gotong-royong membersih dan mengindahkan kawasan sekolah.

Isi pelajaran  mirip soalan BM Penulisan UPSR iaitu Bahagian A (10 markah)

Guru menayangkan slide power point.

Guru menanyakan soalan.

1. Gambar berkaitan dengan apa?

2. Berapakah markah yang diperuntukkan bagi Bahagian A Penulisan?

Murid diminta membuat tandaan pada gambar.


Guru meminta murid menulis aktivit-aktiviti yang terdapat dalam gambar.





Murid menjawab spontan.











Murid membulatkan
aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar pada skrin.

Murid menulis kata kerja berpandukan gambar yang dibulatkan.

Murid menyebut tujuh aktiviti bagi gambar yang  dibulatkan.


Komputer, LCD

Langkah 2
(14 minit)

1. Kata kerja (aktiviti)
1.1  Menyapu
1.2  Membersihkan
1.3  Mencampak, 
   mencampak, menabur,   
   memberi.
1.4  Mengangkat.
1.5  Mengecat.
1.6  Mencuci, mengelap.
1.7  Mencabut.


2.  Tanda bacaan.
2.1 Noktah.
2.2 Huruf  sepatutnya kecil di tengah ayat.

3. Kata hubung
3.1 ‘dan’

Guru meminta murid membina ayat.






Guru meminta murid membacakan hasil


perbincangan
kumpulan.

Guru membimbing murid dan membetulkan kesalahan tatabahasa yang
terdapat dalam ayat


Aktiviti kumpulan :
Setiap kumpulan membina ayat.

Wakil kumpulan akan menulis satu ayat tentang aktiviti di papan putih.

Murid membacakan ayat.






Murid menyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat.




Komputer, LCD


Papan putih




Langkah 3
(5 minit)

Membina lima ayat gramatis.
Contoh :

1. Husna menyapu daun-daun kering yang bertaburan di tepi kolam agar halaman kelas kelihatan bersih.

2. Kelihatan dua orang murid sedang mengangkat tong sampah untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.

3. Khadijah sedang mengelap cermin kelas yang berhabuk dengan menggunakan sehelai kain bersih.


4.Ihsan pula sedang membersihkan longkang supaya air boleh mengalir dengan lancar.

5. Iman pula sedang mengecat dinding kelas agar dinding
kelas kelihatan cantik dan ceria.


Guru mengedarkan lembaran kerja.

Guru meminta murid membina lima ayat gramatis di dalam lembaran kerja.





Murid menulis lima  ayat di dalam lembaran kerja.

Lembaran kerja.

Penutup
(3 minit)

Penerapan nilai murni murni :

Kerjasama, kekemasan  dan semangat berpasukan.

Guru meminta murid berdiri di hadapan dan belakang kelas untuk melihat susun atur kerusi
dan meja.

Guru menunjukkan tentang susunan meja yang tidak teratur dan teknik menyusun dengan betul.

Guru meminta murid menyusun meja supaya kelihatan teratur.


Guru menerangkan tentang kepentingan membersihkan kelas dan mematuhi jadual tugasan.


Murid  bergerak ke hadapan dan ke belakang kelas untuk melihat susun atur kerusi dan meja.










Murid  menyusun atur meja.




Kerusi dan meja kelas.

Refleksi :

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat AktifAyat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat AktifAyat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm

Rabu, 5 Disember 2012

PANDUAN MUDAH BAHAGIAN A (BM UPSR KERTAS 2)


MOGA ANDA CEMERLANG DALAM UPSR  

Antara tip-tip yang boleh anda manfaatkan.

Bahagian A

1.                Fahami tema.
2.                Bulatkan aktiviti.
3.                Tuliskan aktiviti.
4.                Bina ayat gramatis
(Teknik menyoal – MASBBD)
5.                Jika gambar bersiri, ikut turutan.
6.                Semak struktur ayat, tanda baca dan ejaan.
(Jangan ada walau secalit kesilapan tata bahasa)

ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA

1.                Kosa kata
-      Encik Ramli memberikan hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama dalam temasya sukan sekolah.
Lebih baik begini .......
-      Encik Ramli menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama dalam temasya sukan sekolah.
-      Bekerja gantikan dengan mencari nafkah.
-      Duduk gantikan dengan berehat.


2.                Kata Nama Khas

’Ambil langkah bijak bagi mengurangkan kesilapan ’

-      Mak Salmah bukan Mak Cik Salmah         
-      Jangan guna nama artis atau selebriti
-      Gunakan nama tempat atau bandar yang mudah seperti Maran, Tapah atau Rompin bukan Georgetown, Kuala Terengganu dan Beaufort. Hindarkan memilih nama bandar  yang melibatkan dua suku kata.

3.                Tanda Bacaan.

Hitamkan tanda noktah dan koma dengan jelas.