Jumaat, 7 Disember 2012

PERISTIWA SEDIH DALAM HIDUPKU - KARANGAN MURID (DAMIA HARIZ TAHUN 6/2009)


Semasa  ayahnya  meninggalkan  rumah  pada  hari  itu, Selisa  tidak  menyangka  bahawa  itu  merupakan  kali  terakhir  dia  bertemu  dengan  ayahnya. Malah, ayahnya  kelihatan  sungguh  gembira  pada  hari  tersebut. Mereka  juga  sempat  bergurau  senda.  Selisa  masih  ingat  kata-kata  terakhir  ayahnya  sebelum  melangkah  keluar  daripada  rumah  mereka.

”Apabila  ayah  pulang  nanti,  kita  pergi  makan  bersama-sama  di  restoran  hadapan  rumah  kawan  kamu  tu  ye, Selisa?”  Itulah  kata-kata  terakhir  ayahnya  sebelum  keluar  dari  rumah. Ayahnya  perlu  menghadiri  satu  mesyuarat  yang  akan  diadakan  di  sebuah  hospital  di  ibu  kota  pada  pukul  9  pagi  pada  hari itu.  Mesyuarat  itu  dimaklumkan  pada  saat-saat  akhir. Malah, Selisa  dan  ayahnya  sepatutnya  berjoging  pada  pagi  itu, seperti  minggu-minggu  sebelumnya.

            Walaubagaimanapun, Selisa  tetap  menghabiskan  waktu  pagi  itu  bersama  neneknya. Selisa  sarapan  pagi  bersama  neneknya  di  dapur. Sesudah  makan,  neneknya  melipat  kain  di  ruang  tamu  bersama  Selisa. Selisa  ke  dapur  sebentar  untuk  mengambil  segelas  air  untuk  neneknya.
Tiba-tiba,  Selisa  mendengar  jeritan  kecil  di  ruang  tamu. Selisa  terus  berlari  ke  arah  ruang  tamu. Selisa  melihat  dahi  neneknya  berkerut  menahan  kesakitan.  Sebelah  tangan  neneknya  sedang  memegang  ibu  jarinya  itu  yang  sedang  berdarah.

”Kenapa  ni? Ibu  jari  nenek  tercucuk  benda  apa  pula?” Belum  pun  sempat  neneknya  menjawab, Selisa  terus  menoleh  ke  arah  sehelai  kemeja  yang  berada  di  riba  nenek. Ada  sebilah  jarum  pada  kemeja  itu. Tahulah  dia  kenapa  ibu  jari  neneknya  berdarah.  Ibu  jari  neneknya  telah  tercucuk  jarum  yang  terdapat  pada  kemeja  itu. Selisa  terus  mengeluarkan  jarum  daripada  kemeja  tersebut.

”Ini  mesti  angkara  ayah,”   marah  Selisa  terhadap  ayahnya.  ”Janganlah  kamu  marahkan  ayah  kamu  pula. Sebenarnya  nenek  sendiri  yang  bersalah. Nenek  yang  belikan  baju  buat  ayah  kamu,”  jelas  nenek.  Selisa  sungguh  terkejut  selepas  mengetahui  keadaan  yang  sebenar. Selisa  berasa  bersalah  pula  kerana  marah  akan  ayahnya  tanpa  usul  periksa.

Tiba – tiba, kedengaran  deruan  enjin  kereta. Mungkin  ayah  dah  balik. Kata  hati  Selisa. Dia  terus  meluru  ke  muka  pintu  untuk  mencari  kelibat  ayahnya. ”Selamat  petang,”  kedengaran  ucapan  daripada seorang  lelaki  di  halaman  rumah.  Dahi  Selisa  mula  berkerut kerana  suara  yang  didengar  itu  bukanlah  milik  ayahnya.  Apabila  Selisa  berjalan  melangkah  ke  pintu  utama,  dia  mendapati  dua  orang  anggota  polis  sedang  berdiri  di  hadapan  pintu    rumahnya.

”Selamat  petang,”   jawab  Selisa  seraya  melangkah  ke hadapan.  ”Ada  apa  encik? Encik  cari  siapa?”  Nada  suaranya  amat  cemas  sekali. Selisa  memandang  tepat  ke  arah  salah  seorang  anggota  polis  tersebut.

”Adakah  ini  rumah  Encik  Ahmad?”  kata  anggota  polis  itu  kepada  Selisa. Selisa  menganggukkan  kepala  kerana  nama  tersebut  ialah  nama  ayahnya. ”Encik  Ahmad  kemalangan  semasa  mahu  pulang  ke  rumahnya, jenazahnya ada di hosptal,”  kata  polis  itu  kepada  Selisa  dan  neneknya. Selisa  tidak  dapat  terima  pemergian  ayahnya  dalam  kemalangan  jalanraya.

Selisa  masih  belum  dapat  menerima  hakikatnya  bahawa  ayahnya  sudah  pergi  meninggalkan  sejuta  kenangan.  Kesedihan  itu  seolah-olah  barah  yang  tiada  penawarnya. Selisa  menggeleng-geleng  kepalanya  sebaik  sahaja  mendengar  penjelasan  itu. Dia  tidak  percaya  akan  berita  itu. Selepas  itu, kedengaran  pula  raungan  neneknya  yang  begitu  memilukan.

Kelihatan  muka  neneknya  pucat.  Selisa  memeriksa  nadinya.  Ternyata  tubuhnya  sudah  kaku. Kini  Selisa  seolah-olah  berada  di  persimpangan  dilema  untuk  mencorakkan  masa  depannya. Selisa  sudah  hilang  satu-satunya  tempat  bergantung.  Barangkali,  itulah  detik  yang  paling  menyeksakan  hidupnya.

Semua  saudara  Selisa  berkumpul  di  rumah  neneknya.  Mereka  berbincang  untuk menjaga  Selisa  kerana  nenek  dan  ayahnya  sudah  tiada  lagi. Tiba – tiba  kedengaran  suara  dari  luar.  ”Asalamualaikum,”  kata  seseorang  yang  berada  di  halaman  rumah. Rupa-rupanya,  itu  suara  ibu  yang  telah  berpisah  dengan  ayahnya  beberapa  tahun  yang  lalu. Kini, Selisa  gembira  hidup  bersama  ibunya. 

11 ulasan:

  1. BAGUS.....TERIMA KASIH SAYA DAPAT BNYK IDEA

    BalasPadam
  2. saya gembira membaca karangan kamu

    BalasPadam
  3. tak berguna busmen

    BalasPadam
  4. siapa kata bodoh, maka dia mememang bodoh.

    BalasPadam
  5. Sngat sedih .. Sya menangis membaca ia 😩

    BalasPadam
  6. banyak sungguh idea yang saya ada selepas membaca karangan cikgu Zafran

    BalasPadam
  7. TERIMA KASIH BELAKA. SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MANFAAT DAN BEROLEH KECEMERLANGAN.

    BalasPadam