Ahad, 9 Disember 2012

SURAT KIRIMAN RASMI - TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut. 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi,
Kampung Dada Kering,
Kechau,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

___________________________________________________________________________ 

Encik Daud bin Ngah Derani,
Guru Kelas Tahun 6 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,
27200, Kuala Lipis,
Pahang.                                                                                                                      14 Mei 2012

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.

2.        Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

3.       Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4.        Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.
5.        Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

45 ulasan:

  1. ayat sikit sngt la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. BERSESUAIAN DENGAN STANDARD UPSR. MENEPATI SKEMA. SILA RUJUK BUKU TEKS TAHUN 6 DAN BUAT BANDINGAN. TERIMA KASIH

      Padam
    2. cuba hang buat tengok

      Padam
  2. Kalau buat karangan ni dalam upsr boleh dapat A ke?

    BalasPadam
  3. memang pun.........................

    BalasPadam
  4. hok gitu memang sanang budak nok tiru (anis)

    BalasPadam
  5. tq krana mmbntu :P

    BalasPadam
  6. Wahh.....boleh buat niie .... Btw....thanksss . A upsr aku :D

    BalasPadam
  7. yeahhh... blh buat ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting faham soalan. Banyakkan membaca buku cerita baru dapat banyak idea

      Padam
    2. tak tanya pun.

      Padam
  8. Saye murid tahun enam..
    Terima kasih sebab tulis surat ini...
    Saya sangat suke mencari sumber pengetahuan saya dari internet...

    BalasPadam
  9. Bagus. Harap mndapat A dlm UPSR

    BalasPadam
  10. SIKIT SANGAT ISI KANDUNGAN YE PUN ADOI DOI

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak faham hang tulis apa.

      Padam
  11. Terima kasih...

    BalasPadam
  12. banyaknya orang tanpa nama ni menyibuk

    BalasPadam
  13. ada tak surat yg lain

    BalasPadam
  14. yey ,,,, tengah wat surat cuti gune ini karangan ..... tq sbab tulis karang yg terbaik

    BalasPadam
  15. yey ,,,, tengah wat surat cuti gune ini karangan ..... tq sbab tulis karaf yg terbaik

    KESALAHAN PEMBETULAN
    karang karangan

    Yg lain cri sendiri

    BalasPadam
  16. FASAL LUPE FORMAT KIRIMAN RASMI..BUKAK NI..ALHAMDULILLAH ...DOAKAN SAYE DPT 5A SELASA NI 9/9/2014..

    BalasPadam
  17. baguslah karangan ni. i like it ;)

    BalasPadam
  18. tapi kalau ada banyak karangan di blog ni kang bagus.

    BalasPadam
  19. harap harap boleh dapat A dalam upsr

    BalasPadam
  20. Ia sangat berguna bagi saya yang bakal mengambil peperiksaan percubaan sekolah pada hari selasa yang akan datang��

    BalasPadam