Sabtu, 13 Oktober 2012

Karangan - Catatan 2


CATATAN HARIAN 2


Tuliskan catatan harian aktiviti yang kamu lakukan setiap hari.



Isi-isi Penting
Hari 1
- sekolah
- petang – menyiapkan kerja sekolah – bermain bola sepak
- malam – mengulang kaji pelajaran
Hari 2
- sekolah
- petang – membantu bapa menanam sayur
- malam – mengulang kaji pelajaran
Hari 3
- pagi - sekolah
- tidak balik sebab ada perjumpaan pengakap
- malam – membuat kerja rumah
Hari 4
- pagi - sekolah
- petang – membuat kerja rumah – tidak bermain petang ini
- malam – ke masjid



Isnin, 2 Januari 2008
Seperti biasa saya ke sekolah. Pada sebelah petang, setelah makan tengah hari saya
berehat seketika. Saya menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.
Saya bermain bola sepak dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang. Pada sebelah malam
pula, saya mengulang kaji pelajaran. Saya masuk ke bilik tidur pada pukul 10.00 malam.
Selasa, 3 Januari 2008
Dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang berada di sekolah. Pada sebelah petang,
seperti biasa menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.
Petang ini saya tidak bermain kerana membantu bapa menanam sayur di belakang
rumah. Saya mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.
Rabu, 4 Januari 2008
Sebelah pagi di sekolah. Hari ini saya tidak balik ke rumah kerana ada perjumpaan ahli
pengakap. Balik ke rumah pada pukul 5.00 petang. Setelah membersihkan diri, saya berehat.
Saya membuat kerja rumah dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.
Khamis, 5 Januari 2008
Seperti hari-hari yang lain, saya ke sekolah pada sebelah pagi. Mulai pukul 3.00 hingga
5.30 petang saya membuat kerja rumah. Petang ini saya tidak bermain. Pada sebelah malam,
saya ke masjid. Saya tidur pukul 10.30 malam.


Jumaat, 12 Oktober 2012

JAMBORI SK PAHANG TUA 2010

Sampel Kertas Bahasa Melayu UPSR

Sampel Kertas Bahasa Melayu Pemahaman

Karangan - Catatan 1


CATATAN HARIAN

Contoh Karangan Catatan Harian

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yang
dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah.
Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu.


Isi-isi Penting
Pendahuluan
- berkumpul di sekolah – cikgu mencatat kehadiran murid
Isi
- mula bertolak – semua ceria - menyanyi
- tiba di Melaka – melawat kota A Famosa - bergambar – membuat catatan
- membeli buah tangan/ model kota
- makan tengah hari di tepi laut – makanan agak mahal
- membeli-belah di Melaka Parade – membeli baju T – kenangan
- singgah di Pantai Tanjung Bidara – ramai orang berkelah – pantainya indah
- tidak dibenarkan mandi kerana laut bergelora
- pulang – letih – tertidur
Penutup
- tiba di sekolah – ayah sudah menunggu
- letih tetapi seronok



Sabtu, 21 Februari 2008
7.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharif
sibuk mencatat kehadiran murid.
8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya.
10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah.
Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kota
itu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu.
12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekal
kerana harga makanan agak mahal.
2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Aku
membeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka.
4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. Kami tidak
dibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih.
5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur.
7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu.
Walaupun letih tetapi menyeronokkan.




Sabtu, 6 Oktober 2012