Selasa, 27 November 2012

CONTOH KARANGAN - PERISTIWA YANG TAK DAPAT KULUPAKAN

Setelah tamat kelas tambahan di sekolah pada petang itu, aku menunggu kedatangan ayahku untuk pulang. Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya. Tiba–tiba aku terdengar suatu dentuman yang sangat kuat. Aku tersentak. Aku berasa sangat takut.

         Rupa–rupanya di jalan raya itu berlaku satu kemalangan jalan raya. Aku lebih terkejut kerana mangsa kemalangan itu ialah ayahku sendiri. Aku terus meredah hujan itu lalu mendapatkan ayahku. Orang ramai menuju ke arah aku. Aku meminta orang yang berada di situ menelefon pihak ambulans . Tidak beberapa lama kemudian,pihak ambulans pun sampai. Ayahku dimasukkan ke dalam van ambulans dan dibawa ke hospital. Aku juga mengikut sama ke hospital. Sampai di hospital, aku menelefon ibuku. Ibu yang mendengar berita itu terkejut dan bergegas ke hospital. Kira-kira setengah kemudian, ibu pun sampai. Aku dan ibu semakin bimbang kerana sudah tiga jam ayah dibilik unit rawatan rapi. Ibu kelihatan risau dan menangis dari tadi. Sama juga denganku .

         Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar dari bilik unit rawatan rapi. Doktor menyatakan bahawa ayah banyak kehilangan darah dan tidak dapat diselamatkan. Aku menjerit memanggil ayahku. Ibu cuba menenangkanku. Aku berasa sangat sedih di atas pemergian ayahku. Aku reda di atas dugaan ini semua. Doktor membenarkanku dan ibu untuk melihat ayahku . Aku berasa sebak dan sayu melihat ayah. Aku juga sedih melihat ibu yang menangis dari tadi. Kemudian, ayah dibawa pulang untuk dikebumikan. Ayah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Seri Kasih. Itulah kenangan pahit yang tak mungkin hilang dari memoriku. Semoga roh ayahku dicucuri rahmat oleh-Nya.

UPSR 2012 SK PAHANG TUA, PEKAN


Wajah-wajah ceria melihat slip UPSR. Tahniah buat yang berjaya. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Alam menengah menanti anda. Teruskan usaha untuk meniti kejayaan demi kejayaan. Andai terjatuh, segera bangkit. Sesudah di atas jangan dilupa bumi dipijak. Ingatlah hidup ini ibarat roda. Tidak selamanya kita di atas. Kepada pelajar-pelajar yang lain, manfaatkan masa pabila bergelar pelajar sekolah menengah. Tekun dan usaha tangga kejayaan. Bukan senang untuk senang. Apa yang penting, hulurkan penghormatan buat guru-guru anda. Bukan hadiah yang kami pinta cuma akhlak muliamu di mata kami.
Buat semua guru dan warga SKPT anda memberi sumbangan bermakna.. Sisipkan doa kebaikan buat mereka. Tahniah !! Walau tidak mengajar di tahun 6, mungkin mereka pernah menerima didikanmu di tahap 1. Walau apa-apa pun, kejayaan dan kegetiran ditanggung bersama. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya.
Add caption






Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Jumaat, 16 November 2012

HARI ANUGERAH & GRADUASI PRA SEKOLAH SK PAHANG TUA 2012

Program penutup upacara sekolah SK Pahang Tua, Pekan, Pahang dihiasi dengan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Pra Sekolah yang berlangsung pada 07 Nov 2012 baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan oleh wakil PPD Pekan bertempat di Dewan Ilmu tampak meriah dengan kepelbagaian warna jubah kanak-kanak pra sekolah dan murid-murid yang membuat persembahan. Sekalung tahniah buat rakan-rakan guru yang bertindak sebagai jawatankuasa kerja dalam menjayakan majlis tersebut meskipun saya tidak terlibat pada tarikh berkenaan kerana menghadiri Kursus KSSR Tahun 3 di PPD Pekan (05-08 Nov 2012).



        Sambutan seperti ini diadakan saban tahun bagi tujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi akademik. Di samping itu murid-murid juga berpeluang mempamerkan bakat melalui persembahan dengan bimbingan guru-guru yang dedikasi. Akhir kata tahniah kepada semua warga kerja SKPT dalam menjayakan Hari Q 2012. Syabas!! SALAM MAAL HIJRAH

Selasa, 6 November 2012

KSSR BM TAHUN 3


Kursus KSSR BM Tahun 3. Berlangsung selama 4 hari bermula 5 - 8 Nov 2012. Saya terlibat dalam kursus berkenaan bersama guru-guru BM Tahun 3 dari sekolah-sekolah lain bagi Daerah Pekan. Kursus kami dijadualkan di PPD Pekan. Tapi hari kedua dan ketiga di SK Pekan Jaya kerana Dewan Seminar di PPD ada program lain berlangsung. Bagus juga kursus dapat jumpa dengan kawan-kawan lama. Jumpa Cikgu Zaamzuri, Hamidi, Saaman, Shaarani, Rosli dan dapat juga berkenalan dengan guru-guru muda yang baru
peringkat awal mengajar. Terasa dah tua sikit. Cikgu-cikgu baru ialah Radzuan, Noor Shafei, Nazrul dan ramai lagi tapi tak tau nama. Pangggil cikgu je....Maklumlah memori dah hampir 'full'.Peringkat awal agak kabur juga kerana selama ini mengajar murid Tahap 2. Hari ini dah masuk hari ketiga. Bolehlah faham setakat ni. Tapi perlu rujuk dengan guru-guru KSSR Tahun 1 dan 2 di sekolah nanti. Semoga semua peserta dapat mengambil manfaat melalui Kursus KSSR Tahun 3 ini . Amin.

Jumaat, 2 November 2012


Dari Masturid bin Syaddad r.a. meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda : Demi Allah tiadalah dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang daripada kamu yang memasukkan anak jari ke dalam sebuah sungai dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yang melekat di jari itu (begitu sedikit) begitulah jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. (H.R. Muslim)