Setelah tamat kelas tambahan di sekolah pada petang itu, aku menunggu kedatangan ayahku untuk pulang. Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tiba–tiba aku terdengar suatu dentuman yang sangat kuat. Aku tersentak. Aku berasa sangat takut.
Rupa–rupanya di jalan raya itu berlaku satu kemalangan jalan raya.
Aku lebih terkejut kerana mangsa kemalangan itu ialah ayahku sendiri. Aku terus meredah hujan itu lalu mendapatkan ayahku. Orang ramai menuju ke arah aku. Aku meminta orang yang berada di situ menelefon pihak ambulans .
Tidak beberapa lama kemudian,pihak ambulans pun sampai. Ayahku dimasukkan ke dalam van ambulans dan dibawa ke hospital. Aku juga mengikut sama ke hospital. Sampai di hospital, aku menelefon ibuku.
Ibu yang mendengar berita itu terkejut dan bergegas ke hospital. Kira-kira setengah kemudian, ibu pun sampai. Aku dan ibu semakin bimbang kerana sudah tiga jam ayah dibilik unit rawatan rapi. Ibu kelihatan risau dan menangis dari tadi. Sama juga denganku .
Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar dari bilik unit rawatan rapi. Doktor menyatakan bahawa ayah banyak kehilangan darah dan tidak dapat diselamatkan.
Aku menjerit memanggil ayahku. Ibu cuba menenangkanku. Aku berasa sangat sedih di atas pemergian ayahku. Aku reda di atas dugaan ini semua. Doktor membenarkanku dan ibu untuk melihat ayahku .
Aku berasa sebak dan sayu melihat ayah. Aku juga sedih melihat ibu yang menangis dari tadi. Kemudian, ayah dibawa pulang untuk dikebumikan. Ayah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Seri Kasih. Itulah kenangan pahit yang tak mungkin hilang dari memoriku. Semoga roh ayahku dicucuri rahmat oleh-Nya.
good XD
BalasPadamMacam karngan tahun 1
BalasPadammana ada karangan tahun 1
PadamSaye sokong mcm karangan tahun 1!
PadamPerenggan due cume ada 3 perenggan shj~
#miss_strangerz
Tahun 1 mana ada karangan
PadamOkLah
Padamtime kasih sbb bgi sye idea
BalasPadamTERIMA KASIH..........
BalasPadamgood
BalasPadamcerita yg menyedihkan
BalasPadamboleh tak tambah karangan menarik lagi tak#
BalasPadamthis is best and very good
BalasPadamTerlalu pendek
BalasPadamsimple sangat
BalasPadamcerita yg menyedihkan
BalasPadamkarangan jenis apa macam ni ada tiga perenggan je
BalasPadammemangla simple. tapi x kan x leh olah ayat sendiri
BalasPadamsaya blh guna ini untuk rangka. terima kasih ye.
BalasPadam