Kelihatan dari
jauh keluarga Encik
Azman yang baru
berpindah sedang mengangkat
barang ke dalam
rumahnya. Encik Azman
dan Puan Haslina
mempunyai dua orang
cahaya mata. Kedua-duanya
lelaki. Anak sulungnya
bernama Halim dan adiknya, Hazwan.
Encik Azman dan
Puan Haslina berhasrat
ingin sekali memiliki
anak perempuan tetapi
itulah kehendak-Nya.
Encik Azman
merupakan seorang guru
manakala Puan Haslina
pula seorang suri
rumah. Halim berusia
12 tahun dan adiknya pula 11 tahun.
Mereka bersekolah di
tempat Encik Azman
bertugas. Halim dan
adiknya sering bergaduh
dan berselisih faham.
Encik Azman telah
mencuba pelbagai cara
untuk membentuk perangai
anak-anaknya tetapi hanya
bertahan selama beberapa
hari sahaja. Selepas
itu, mereka akan
mengulangi semula perangai
lama mereka.
Encik Azman
selalu berdoa kepada
Allah agar tingkah
laku anak-anaknya akan
berubah. Dia
bimbang sikap itu
berterusan sehingga mereka
dewasa kelak. Encik
Azman inginkan anak
mereka menyayangi antara
satu sama lain. Dia takut kalau-kalau perangai
itu akan menjejaskan
hubungan di antara
mereka. Encik Azman
terfikir apakah dosanya
sehingga dikurniakan anak-anak
yang nakal dan
sering bertelagah . Encik
Azman tersedar dari
lamunannya setelah melihat
isterinya menatang segelas
air kopi dan
beberapa keping biskut.
Keesokan harinya,
Encik Azman mengajak
anaknya bergotong-royong kerana
hari itu hari minggu.
Setiap hujung minggu,
penduduk Kampung Pahang
Tua akan mengadakan
gotong-royong di surau.
Halim tidak dapat
mengikut ayahnya kerana
dia sudah berjanji
dengan kawan-kawannya hendak
ke pekan. Halim
memberitahu ayahnya bahawa dia
tidak dapat mengikut
ayahnya kerana dia sudah berjanji
ingin mengulang kaji
pelajaran di rumah
kawannya. Encik Azman
mempercayai kata-kata Halim
kerana peperiksaan UPSR
sudah dekat. Oleh
itu, dia mengizinkan
Halim belajar bersama
kawannya. Halim berbohong
kepada ayahnya kerana
dia tahu ayahnya
tidak akan mengizinkannya ke pekan bersama-sama
kawannya. Ayahnya tentu
akan menyuruhnya belajar.
Semasa bergotong-royong, Hazwan
terserempak dengan kawan
baiknya, Idham. Hazwan
lebih rapat dengan
Idham berbanding dengan
kawan-kawannya yang lain
dan abang kandungnya
sendiri. Puan Haslina,
Mak Timah serta
Mak Ngah ditugaskan
untuk menyediakan makanan
dan minuman kepada
penduduk yang terlibat
dengan gotong-royong. Semua
kerja gotong-royong telah siap kira-kira
jam 12:00 tengah
hari.
Selesai
menjamu selera, semua
penduduk pulang. Encik
Azman, Puan Haslina
dan Hazwan sudah
berada di rumah
mereka. Halim masih
belum pulang lagi.
Puan Haslina sedang
menyediakan hidangan tengah
hari untuk keluarga
mereka. Hazwan merebahkan
badannya di atas
katil. Dia sungguh
penat pada hari itu. Hazwan
bangun dan membersihkan
dirinya. . Selepas menunaikan
solat, dia ke
ruang tamu untuk
menonton televisyen. Tidak
beberapa lama kemudian,
Halim pun pulang.
Halim terus masuk
ke dalam biliknya.
Dia membersihkan dirinya
dan terus ke
meja makan. Kelihatan
ahli keluarganya sudah
berada di meja
makan. Mereka makan
bersama-sama.
Pada petang
itu, Encik Azman
tiada di rumah.
Halim keluar dengan
kawan-kawannya. Mereka ingin
pergi ke sungai.
Petang itu, air
sungai pasang. Hazwan pula berbasikal
bersama Idham. Mereka
berbasikal berdekatan dengan
dengan sungai. Hazwan
terdengar suara orang
meminta pertolongan. Hazwan
ternampak abangnya lemas
di dalam sungai.
Hazwan menyuruh Idham
memberitahu ibu dan
bapanya. Idham terus mengayuh
basikal ke rumah
Hazwan. Encik Azman
sudah pulang. Idham
memberitahu ibu bapa
Hazwan bahawa Halim
lemas di sungai. Encik
Azman dan Puan
Haslina meluru ke
sungai.
Hazwan berjaya
menyelamatkan abangnya yang
lemas. Halim pengsan
kerana tertelan terlalu
banyak air. Encik
Azman membawa Halim
ke hospital. Halim ditahan di
wad selama beberapa
hari. Mereka semua
bersyukur kepada Ilahi.
Selepas pulang
dari hospital, Halim
insaf dan lebih
menyayangi adiknya apabila
diceritakan oleh ayahnya
siapa yang menyelamatkan
dirinya semasa dia
lemas. Dia sangat
menyesal dengan perbuatan
yang telah dilakukannya
terhadap Hazwan. Dia
tidak menyangka bahawa
Hazwan menyayangi dirinya.
Hazwan berani terjun
ke dalam sungai
untuk menyelamatkan dirinya.
Semakin hari, hubungan
Halim dan Hazwan
semakin akrab. Encik
Azman dan Puan
Haslina gembira melihat
perubahan perangai anak-anak
mereka. Ada sesuatu
yang tersirat di
sebalik kejadian yang
menimpa Halim.
ble mse sye wat krngn nie ckgu ? :D
BalasPadambiasalah. pelanduk selalu lupakan jerat..
PadamTanda menghargai karangan anak2 murid..suka baca dan simpan karangan mereka yang melangkau usia mereka
PadamStupid
Padamsingkat , padat , "stupid" 😓😓
Padamkarangan terbaik...
BalasPadambtol..
PadamEntah apa apa je~
BalasPadamWalao..baik punya
BalasPadam...
BalasPadam