Jumaat, 12 Oktober 2012

Karangan - Catatan 1


CATATAN HARIAN

Contoh Karangan Catatan Harian

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yang
dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah.
Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu.


Isi-isi Penting
Pendahuluan
- berkumpul di sekolah – cikgu mencatat kehadiran murid
Isi
- mula bertolak – semua ceria - menyanyi
- tiba di Melaka – melawat kota A Famosa - bergambar – membuat catatan
- membeli buah tangan/ model kota
- makan tengah hari di tepi laut – makanan agak mahal
- membeli-belah di Melaka Parade – membeli baju T – kenangan
- singgah di Pantai Tanjung Bidara – ramai orang berkelah – pantainya indah
- tidak dibenarkan mandi kerana laut bergelora
- pulang – letih – tertidur
Penutup
- tiba di sekolah – ayah sudah menunggu
- letih tetapi seronok



Sabtu, 21 Februari 2008
7.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharif
sibuk mencatat kehadiran murid.
8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya.
10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah.
Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kota
itu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu.
12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekal
kerana harga makanan agak mahal.
2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Aku
membeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka.
4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. Kami tidak
dibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih.
5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur.
7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu.
Walaupun letih tetapi menyeronokkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan