Ahad, 9 Disember 2012

BAHAGIAN C (B. MELAYU KERTAS 2)


Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada hari Sabtu yang lalu, Amir dan Salman pergi ke perpustakaan awam untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Mereka pergi dengan menaiki basikal masing-masing. Semasa dalam perjalanan, mereka menunggang basikal mengikut lorong yang betul. Amir teringat pesan ibunya supaya tidak lalai semasa menunggang basikal.
          Apabila sampai di perpustakaan awam, Amir dan kawannya meletakkan basikal di garaj yang disediakan. Mereka juga mengunci basikal supaya selamat. Sebelum masuk ke dalam perpustakaan, Amir dan Salman berjanji akan menggunakan masa yang ada untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran. Semasa di perpustakaan mereka mencari buku yang diperlukan. Selepas membaca buku-buku itu, mereka meletakkan semula di tempat asalnya. Mereka juga memilih beberapa buah buku yang hendak dipinjam. Mereka membawa buku-buku itu ke kaunter pinjaman untuk diproses oleh petugas yang ada di situ. Setelah selesai, mereka menuju ke garaj untuk mengambil basikal dan terus pulang ke rumah.

1 ulasan:

  1. Sila pilih lima nilai murni sahaja. Jika ditulis melebihi lima nilai murni, tiada markah diperuntukkan.

    BalasPadam