Selasa, 27 November 2012

CONTOH KARANGAN - PERISTIWA YANG TAK DAPAT KULUPAKAN

Setelah tamat kelas tambahan di sekolah pada petang itu, aku menunggu kedatangan ayahku untuk pulang. Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya. Tiba–tiba aku terdengar suatu dentuman yang sangat kuat. Aku tersentak. Aku berasa sangat takut.

         Rupa–rupanya di jalan raya itu berlaku satu kemalangan jalan raya. Aku lebih terkejut kerana mangsa kemalangan itu ialah ayahku sendiri. Aku terus meredah hujan itu lalu mendapatkan ayahku. Orang ramai menuju ke arah aku. Aku meminta orang yang berada di situ menelefon pihak ambulans . Tidak beberapa lama kemudian,pihak ambulans pun sampai. Ayahku dimasukkan ke dalam van ambulans dan dibawa ke hospital. Aku juga mengikut sama ke hospital. Sampai di hospital, aku menelefon ibuku. Ibu yang mendengar berita itu terkejut dan bergegas ke hospital. Kira-kira setengah kemudian, ibu pun sampai. Aku dan ibu semakin bimbang kerana sudah tiga jam ayah dibilik unit rawatan rapi. Ibu kelihatan risau dan menangis dari tadi. Sama juga denganku .

         Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar dari bilik unit rawatan rapi. Doktor menyatakan bahawa ayah banyak kehilangan darah dan tidak dapat diselamatkan. Aku menjerit memanggil ayahku. Ibu cuba menenangkanku. Aku berasa sangat sedih di atas pemergian ayahku. Aku reda di atas dugaan ini semua. Doktor membenarkanku dan ibu untuk melihat ayahku . Aku berasa sebak dan sayu melihat ayah. Aku juga sedih melihat ibu yang menangis dari tadi. Kemudian, ayah dibawa pulang untuk dikebumikan. Ayah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Seri Kasih. Itulah kenangan pahit yang tak mungkin hilang dari memoriku. Semoga roh ayahku dicucuri rahmat oleh-Nya.

18 ulasan:

  1. Macam karngan tahun 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada karangan tahun 1

      Padam
    2. Saye sokong mcm karangan tahun 1!
      Perenggan due cume ada 3 perenggan shj~
      #miss_strangerz

      Padam
    3. Tahun 1 mana ada karangan

      Padam
  2. time kasih sbb bgi sye idea

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH..........

    BalasPadam
  4. cerita yg menyedihkan

    BalasPadam
  5. boleh tak tambah karangan menarik lagi tak#

    BalasPadam
  6. this is best and very good

    BalasPadam
  7. cerita yg menyedihkan

    BalasPadam
  8. karangan jenis apa macam ni ada tiga perenggan je

    BalasPadam
  9. memangla simple. tapi x kan x leh olah ayat sendiri

    BalasPadam
  10. saya blh guna ini untuk rangka. terima kasih ye.

    BalasPadam