Selasa, 6 November 2012

KSSR BM TAHUN 3


Kursus KSSR BM Tahun 3. Berlangsung selama 4 hari bermula 5 - 8 Nov 2012. Saya terlibat dalam kursus berkenaan bersama guru-guru BM Tahun 3 dari sekolah-sekolah lain bagi Daerah Pekan. Kursus kami dijadualkan di PPD Pekan. Tapi hari kedua dan ketiga di SK Pekan Jaya kerana Dewan Seminar di PPD ada program lain berlangsung. Bagus juga kursus dapat jumpa dengan kawan-kawan lama. Jumpa Cikgu Zaamzuri, Hamidi, Saaman, Shaarani, Rosli dan dapat juga berkenalan dengan guru-guru muda yang baru
peringkat awal mengajar. Terasa dah tua sikit. Cikgu-cikgu baru ialah Radzuan, Noor Shafei, Nazrul dan ramai lagi tapi tak tau nama. Pangggil cikgu je....Maklumlah memori dah hampir 'full'.Peringkat awal agak kabur juga kerana selama ini mengajar murid Tahap 2. Hari ini dah masuk hari ketiga. Bolehlah faham setakat ni. Tapi perlu rujuk dengan guru-guru KSSR Tahun 1 dan 2 di sekolah nanti. Semoga semua peserta dapat mengambil manfaat melalui Kursus KSSR Tahun 3 ini . Amin.

4 ulasan:

  1. Pengetahuan baru untuk semua guru yang belum terlibat dengan KSSR.

    BalasPadam
  2. Ya. Keperluan semasa. Perlu diikuti jika tidak kita akan ketinggalan. Kesimpulannya, minda kita perlu di'update' jika tidak...

    BalasPadam
  3. The Micro Hair Trimmer for your favorite Asian style hairstyles
    The Micro Hair Trimmer for micro touch titanium trimmer your favorite Asian style hairstyles trekz titanium headphones · Asian/Chinese, Korean, Korean, Korean, Korean. · Traditional Chinese / Korean ford fusion titanium – Korean · $14.99 aluminum vs titanium · ‎In titanium grades stock

    BalasPadam