Jumaat, 16 November 2012

HARI ANUGERAH & GRADUASI PRA SEKOLAH SK PAHANG TUA 2012

Program penutup upacara sekolah SK Pahang Tua, Pekan, Pahang dihiasi dengan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Pra Sekolah yang berlangsung pada 07 Nov 2012 baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan oleh wakil PPD Pekan bertempat di Dewan Ilmu tampak meriah dengan kepelbagaian warna jubah kanak-kanak pra sekolah dan murid-murid yang membuat persembahan. Sekalung tahniah buat rakan-rakan guru yang bertindak sebagai jawatankuasa kerja dalam menjayakan majlis tersebut meskipun saya tidak terlibat pada tarikh berkenaan kerana menghadiri Kursus KSSR Tahun 3 di PPD Pekan (05-08 Nov 2012).



        Sambutan seperti ini diadakan saban tahun bagi tujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi akademik. Di samping itu murid-murid juga berpeluang mempamerkan bakat melalui persembahan dengan bimbingan guru-guru yang dedikasi. Akhir kata tahniah kepada semua warga kerja SKPT dalam menjayakan Hari Q 2012. Syabas!! SALAM MAAL HIJRAH

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Nampak ceria, meriah dan well-organised. Tahniah!

    BalasPadam
  3. Tq. Komitmen cikgu2 SKPT bagus & saling melengkapi. Saya pun suka cara team work mereka.

    BalasPadam
  4. Siapa sebelah kanan Tuan GB tu? ada iras-iras Dr Awang Sariyan.

    BalasPadam