Tulis lima nilai murni
atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Pada hari Sabtu yang lalu, Amir dan Salman pergi ke
perpustakaan awam untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Mereka pergi
dengan menaiki basikal masing-masing. Semasa dalam perjalanan, mereka
menunggang basikal mengikut lorong yang betul. Amir teringat pesan ibunya
supaya tidak lalai semasa menunggang basikal.
Apabila
sampai di perpustakaan awam, Amir dan kawannya meletakkan basikal di garaj yang
disediakan. Mereka juga mengunci basikal supaya selamat. Sebelum masuk ke dalam
perpustakaan, Amir dan Salman berjanji akan menggunakan masa yang ada untuk
membaca dan mengulang kaji pelajaran. Semasa di perpustakaan mereka mencari
buku yang diperlukan. Selepas membaca buku-buku itu, mereka meletakkan semula
di tempat asalnya. Mereka juga memilih beberapa buah buku yang hendak dipinjam.
Mereka membawa buku-buku itu ke kaunter pinjaman untuk diproses oleh petugas
yang ada di situ. Setelah selesai, mereka menuju ke garaj untuk mengambil
basikal dan terus pulang ke rumah.
Sila pilih lima nilai murni sahaja. Jika ditulis melebihi lima nilai murni, tiada markah diperuntukkan.
BalasPadam