Semasa ayahnya
meninggalkan rumah pada
hari itu, Selisa tidak
menyangka bahawa itu
merupakan kali terakhir
dia bertemu dengan
ayahnya. Malah, ayahnya
kelihatan sungguh gembira
pada hari tersebut. Mereka juga
sempat bergurau senda. Selisa
masih ingat kata-kata
terakhir ayahnya sebelum
melangkah keluar daripada
rumah mereka.
”Apabila ayah
pulang nanti, kita
pergi makan bersama-sama
di restoran hadapan
rumah kawan kamu
tu ye, Selisa?” Itulah
kata-kata terakhir ayahnya
sebelum keluar dari
rumah. Ayahnya perlu menghadiri
satu mesyuarat yang
akan diadakan di
sebuah hospital di
ibu kota pada
pukul 9 pagi
pada hari itu. Mesyuarat
itu dimaklumkan pada
saat-saat akhir. Malah,
Selisa dan ayahnya
sepatutnya berjoging pada
pagi itu, seperti minggu-minggu
sebelumnya.
Walaubagaimanapun,
Selisa tetap menghabiskan
waktu pagi itu
bersama neneknya. Selisa sarapan
pagi bersama neneknya
di dapur. Sesudah makan,
neneknya melipat kain
di ruang tamu
bersama Selisa. Selisa ke
dapur sebentar untuk
mengambil segelas air
untuk neneknya.
Tiba-tiba, Selisa
mendengar jeritan kecil
di ruang tamu. Selisa
terus berlari ke
arah ruang tamu. Selisa
melihat dahi neneknya
berkerut menahan kesakitan. Sebelah
tangan neneknya sedang
memegang ibu jarinya
itu yang sedang
berdarah.
”Kenapa ni? Ibu
jari nenek tercucuk
benda apa pula?” Belum
pun sempat neneknya
menjawab, Selisa terus menoleh
ke arah sehelai
kemeja yang berada
di riba nenek. Ada
sebilah jarum pada
kemeja itu. Tahulah dia
kenapa ibu jari
neneknya berdarah. Ibu
jari neneknya telah
tercucuk jarum yang
terdapat pada kemeja
itu. Selisa terus mengeluarkan
jarum daripada kemeja
tersebut.
”Ini mesti
angkara ayah,” marah
Selisa terhadap ayahnya.
”Janganlah kamu marahkan
ayah kamu pula. Sebenarnya nenek
sendiri yang bersalah. Nenek yang belikan baju
buat ayah kamu,”
jelas nenek. Selisa
sungguh terkejut selepas
mengetahui keadaan yang
sebenar. Selisa berasa bersalah
pula kerana marah
akan ayahnya tanpa
usul periksa.
Tiba – tiba,
kedengaran deruan enjin
kereta. Mungkin ayah dah
balik. Kata hati Selisa. Dia
terus meluru ke
muka pintu untuk
mencari kelibat ayahnya. ”Selamat petang,”
kedengaran ucapan daripada seorang lelaki
di halaman rumah.
Dahi Selisa mula
berkerut kerana suara yang
didengar itu bukanlah
milik ayahnya. Apabila
Selisa berjalan melangkah
ke pintu utama,
dia mendapati dua
orang anggota polis
sedang berdiri di
hadapan pintu rumahnya.
”Selamat petang,”
jawab Selisa
seraya melangkah ke hadapan. ”Ada
apa encik? Encik cari
siapa?” Nada suaranya
amat cemas sekali. Selisa memandang
tepat ke arah
salah seorang anggota
polis tersebut.
”Adakah ini
rumah Encik Ahmad?” kata
anggota polis itu
kepada Selisa. Selisa menganggukkan
kepala kerana nama
tersebut ialah nama
ayahnya. ”Encik Ahmad kemalangan
semasa mahu pulang
ke rumahnya, jenazahnya ada di
hosptal,” kata polis
itu kepada Selisa
dan neneknya. Selisa tidak
dapat terima pemergian
ayahnya dalam kemalangan
jalanraya.
Selisa masih
belum dapat menerima
hakikatnya bahawa ayahnya
sudah pergi meninggalkan
sejuta kenangan. Kesedihan
itu seolah-olah barah
yang tiada penawarnya. Selisa menggeleng-geleng kepalanya
sebaik sahaja mendengar
penjelasan itu. Dia tidak
percaya akan berita
itu. Selepas itu, kedengaran pula
raungan neneknya yang
begitu memilukan.
Kelihatan muka
neneknya pucat. Selisa
memeriksa nadinya. Ternyata
tubuhnya sudah kaku. Kini
Selisa seolah-olah berada
di persimpangan dilema
untuk mencorakkan masa
depannya. Selisa sudah hilang
satu-satunya tempat bergantung. Barangkali, itulah
detik yang paling
menyeksakan hidupnya.
BAGUS.....TERIMA KASIH SAYA DAPAT BNYK IDEA
BalasPadamsaya gembira membaca karangan kamu
BalasPadamsedih jga ya
BalasPadambusmen
BalasPadamtak berguna busmen
BalasPadamSTUPID
BalasPadamsiapa kata bodoh, maka dia mememang bodoh.
BalasPadambodoh
BalasPadamSngat sedih .. Sya menangis membaca ia 😩
BalasPadambanyak sungguh idea yang saya ada selepas membaca karangan cikgu Zafran
BalasPadamTERIMA KASIH BELAKA. SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MANFAAT DAN BEROLEH KECEMERLANGAN.
BalasPadam